Line

Selamat Datang Ke Blog FedoraCad.blogspot... Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat... enjoy!!! 
Rekabentuk Berkomputer


Assalamualaikum wbt...


Selamat Datang ke blog kami.


Di sini kami ada menyediakan ilmu-ilmu yang berkaitan rekabentuk berkomputer, diharap dengan terhasilnya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mempelajari dan memberi pengetahuan yang berkaitan tentang lukisan berkomputer.


Blog ini menyediakan tiga lukisan asas berkomputer seperti Lukisan Ortografik, Lukisan Isometri dan Lukisan Oblik.


Selamat membaca! :)

Pengenalan Oblik

Mari kita lihat apakah itu Lukisan Oblik:

Pengenalan Lukisan Oblik:

Ø  Lukisan oblik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan.

Ø  Lukisan oblik mempunyai banyak psersamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi.

Ø  Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.

Ø  Lukisan oblik juga dikenali sebagai unjuran serong.

Ø  Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

Ø  Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar.

Ø  Kenapa perlu adanya lukisan oblik adalah kerana ada sesetengah objek tidak dapat dilukis dengan menggunakan pandangan isometri. Maka wujudnya lukisan oblik.



Contoh lukisan oblik yang dilukis berpandukan unjuran ortografik



Untuk meneruskan pembacaan, klik Perbezaan Oblik dan Isometri




Pengenalan Isometri

Sekarang mari kita belajar Lukisan Isometri 

Makna Lukisan Isometri
  • Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar,tinggi dan panjang.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar.Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.
  • Garisan yang selari dengan paksi isometric dinamakan garisan isometri.
  • Rataan atau  permukaan yang selari dengan paksi isometri dinamakan rataan isometri
Terdapat perbezaan lukisan ortografik dan lukisan isometri, mari kita lihat perbezaaannya


 Ortografik vs isometri







Seterusnya mari kita lihat jenis-jenis lukisan isometri:


Jenis-jenis isometri
  1. Lukisan Isometri
  • Lukisan disiapkan menggunakan skala biasa 1:1 (25 % lebih daripada unjuran isometri)

       2. Unjuran Isometri
  • Unjuran disiapkan menggunakan skala isometric (skala khas 80% pada garisan isometric) -20% lebih kecil dari lukisan isomeri.

Untuk meneruskan pembacaan, klik Lukisan Isometri Vs Unjuran Isometri





Pengenalan Ortografik




                                             

Perbezaan Oblik dan Isometri

Oblik dan Isometri juga terdapat perbezaannnya, jom kita lihat apakah perbezaannya:

Jadual perbezaan bagi lukisan Oblik dan lukisan Isometri :  


Lukisan Oblik

Lukisan Isometri
  • 1 paksi mendatar
  • 1 paksi menegak
  • 1 paksi sorot bersudut 30º, 45º, atau 60º dari paksi mendatar.

  • 1 paksi menegak
  • 2 paksi lain di kiri dan kanan bersudut  30º dari paksi mendatar.

      Contoh gambarajah lukisan Oblik dan lukisan Isometri :

    Oblik                                                      Isometri


Untuk meneruskan pembacaan, klik Jenis-jenis lukisan Oblik


                                                                                         

Jenis-jenis Lukisan Oblik

Lukisan oblik juga mempunyai jenis-jenisnya:


                  Secara  umumnya terdapat tiga jenis lukisan oblik iaitu :
  
   v  Oblik kavalier (saiz penuh)
   v  Oblik kabinet (setengah dan saiz penuh)
   v  Oblik am (3/4 dari saiz penuh)





         
      Ciri-ciri lukisan oblik:
         
        v  Permukaan rata
        v  Permukaan condong
        v  Permukaan terpotong (segitiga)
        v  Piramid
        v  Lubang/menara
        v  Bulatan atau lengkung

Gambarajah lukisan Oblik :



                                       Unjuran kavalier                                  Unjuran kabinet                                        Unjuran am


Untuk meneruskan pembacaan, klik Paksi lukisan Oblik



Paksi Lukisan Oblik


Sekarang mari kita lihat paksi Lukisan Oblik:



      Gambarajah diatas menunjukkan: 

u Paksi belakang adalah cenderung kepada paksi mendatar.
u Paksi mendatar adalah yang bersudut tepat dengan sesuatu garisan pada paksi menegak.
u Kebiasaannya ia menggunakan sudut 30º, 45º dan 60º. 

Perbezaan kedudukan paksi surut


Untuk meneruskan pembacaan, klik Pembinaan lukisan Oblik



Pembinaan Lukisan Oblik

Seterusnya, mari belajar cara-cara untuk melukis Lukisan Oblik:







Namun terdapat 4 kaedah pembinaan lukisan oblik:

  • Kaedah kotak
  • Kaedah bingkai
  • Kedah koordinat
  • Kaedah empat titik

Untuk meneruskan pembacaan, klik Kelebihan dan kelemahan





Kelebihan dan Kelemahan


Kelebihan
Kelemahan

  • Mudah dilukis berbanding isometri.
  • Menggunakan satu sudut shaja (30º, 45º, 60º).
  • Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips

  • Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan, terutamanya objek yang panjang.
  • Tidak sesuai untuk objek yang panjang seperti sel.
  • Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek.
  • Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang.


Jika sudah memahami, mari kita uji minda dengan membuat latih tubi. Klik sini.


Latih Tubi Isometri


·        Lukisan Isometrik

Latihan 1

Bulatkan jawapan yang betul.

1         Lukisan isometrik juga dikenali sebagai…
A        Lukisan piktorial
B        Lukisan tiga dimensi
C        Lukisan ortografik
D        Lukisan objek

2         Lukisan isometrik menunjukkan objek dalam tiga dimensi iaitu…
I          Pelan.
II         Pandangan sisi.
III        Pandangan tepi.
IV       Pandangan hadapan.
A         I, II, dan III                  C     I, III, dan IV
B         I, II, dan IV                  D     II, III, dan IV



3         Antara garisan-garisan yang ditunjukkan dalam rajah di atas, yang manakah bukan garisan isometrik?
I          I dan III                       C    II dan IV
II         II dan III                      D    III dan IV

4         Pandangan pelan dikenali juga sebagai…
A        Pandangan atas
B        Pandangan sebenar
C        Pandangan tiga dimensi
D        Pandangan hadapan


5         Apakah alatan yang digunakan untuk melukis rajah di atas?
I          Pensel                        III     Sesiku 30/600
II         Pembaris T                IV    Sesiku 450
A         I, II, dan III                  C     I, III, dan IV
B         I, II, dan III                  D     II, III, dan IV

6         Apakakah jenis gred yang sesuai digunakan untuk membuat lakaran isometric?
A         H                                 C     2H
B         HB                               D     2B

7         Lakaran lukisan isometrik dapat dilukis dengan menggunakan kertas…
A         A4.                              C     grid kordinat.
B         Lukisan.                       D     grid isometrik.

8         Berapakah saiz ukuran kertas isogrid yang sesuai digunakan untuk melakar lukisan isometrik?
A         2 mm x 2 mm              C      4 mm x 4 mm
B         3 mm x 3 mm              D      5 mm x 5 mm


9         Rajah di atas menunjukkan kaedah untuk menyediakan paksi untuk lukisan pictorial. Antara yang berikut, lukisan yang manakah menggunakan paksi ini?
A         Lukisan oblik               C     lukisan isometrik
B         Lukisan ortografik        D     lukisan hamparan


10      Rajah di atas menunjukkan cara-cara melukis bulatan dalam isometrik.
A         Garis binaan.               C     garis lakaran.
B         Garis tersembunyi.      D      garis pusat bulan.