Mari kita lihat apakah itu Lukisan Oblik:
Pengenalan Lukisan Oblik:
Ø Lukisan oblik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan.
Ø Lukisan oblik mempunyai banyak psersamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi.
Ø Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.
Ø Lukisan oblik juga dikenali sebagai unjuran serong.
Ø Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.
Ø Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar.
Ø Kenapa perlu adanya lukisan oblik adalah kerana ada sesetengah objek tidak dapat dilukis dengan menggunakan pandangan isometri. Maka wujudnya lukisan oblik.
Contoh lukisan oblik yang dilukis berpandukan unjuran ortografik