Line

Selamat Datang Ke Blog FedoraCad.blogspot... Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat... enjoy!!! 
Rekabentuk Berkomputer


Assalamualaikum wbt...


Selamat Datang ke blog kami.


Di sini kami ada menyediakan ilmu-ilmu yang berkaitan rekabentuk berkomputer, diharap dengan terhasilnya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mempelajari dan memberi pengetahuan yang berkaitan tentang lukisan berkomputer.


Blog ini menyediakan tiga lukisan asas berkomputer seperti Lukisan Ortografik, Lukisan Isometri dan Lukisan Oblik.


Selamat membaca! :)

Pengenalan Oblik

Mari kita lihat apakah itu Lukisan Oblik:

Pengenalan Lukisan Oblik:

Ø  Lukisan oblik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan.

Ø  Lukisan oblik mempunyai banyak psersamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi.

Ø  Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.

Ø  Lukisan oblik juga dikenali sebagai unjuran serong.

Ø  Ia merupakan satu kaedah mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.

Ø  Saiz kedalaman objek perlu disesuaikan bagi mengurangkan kesan herotan supaya menampakkan bentuk seakan-akan sebenar.

Ø  Kenapa perlu adanya lukisan oblik adalah kerana ada sesetengah objek tidak dapat dilukis dengan menggunakan pandangan isometri. Maka wujudnya lukisan oblik.



Contoh lukisan oblik yang dilukis berpandukan unjuran ortografik



Untuk meneruskan pembacaan, klik Perbezaan Oblik dan Isometri




Pengenalan Isometri

Sekarang mari kita belajar Lukisan Isometri 

Makna Lukisan Isometri
  • Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar,tinggi dan panjang.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar.Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.
  • Garisan yang selari dengan paksi isometric dinamakan garisan isometri.
  • Rataan atau  permukaan yang selari dengan paksi isometri dinamakan rataan isometri
Terdapat perbezaan lukisan ortografik dan lukisan isometri, mari kita lihat perbezaaannya


 Ortografik vs isometri







Seterusnya mari kita lihat jenis-jenis lukisan isometri:


Jenis-jenis isometri
  1. Lukisan Isometri
  • Lukisan disiapkan menggunakan skala biasa 1:1 (25 % lebih daripada unjuran isometri)

       2. Unjuran Isometri
  • Unjuran disiapkan menggunakan skala isometric (skala khas 80% pada garisan isometric) -20% lebih kecil dari lukisan isomeri.

Untuk meneruskan pembacaan, klik Lukisan Isometri Vs Unjuran Isometri





Pengenalan Ortografik