Line

Selamat Datang Ke Blog FedoraCad.blogspot... Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat... enjoy!!! 

Lukisan Isometri vs Unjuran Isometri

Terdapat perbezaan antara lukisan dan unjuran isometri, mari kita lihat perbezaanya:

   Kesan kecondongan(foreshortening)

       Jarak yang jauh menyebabkan sesuatu objek kelihatan kecil

    2 jenis isomeri

        1.Lukisan isometri
          2. Unjuran isometri

     Dibezakan melalui ukuran sisi objek

        Lukisan isometric disiapkan menggunakan skala biasa 1:1
        Unjuran isometric disiapkan menggunakan skala isometric(skala khas 
        80% pada garisan isometric sahaja)

      Hasilnya, kedua-dua lukisan ini sama bentuknya tetapi lukisan isometric 
      lebih besar 25% dari unjuran isometric.


Untuk meneruskan pembacaan, klik Arah pandangan Isometri



Arah pandangan Isometri

Mari kita teruskan untuk mengetahui arah pandangan isometri pula:  

Merujuk kepada kedudukan bongkah isometric mengikut arah pemerhatian yang tertenu. Anak panah yang mewakili arah pandangan tersebut akan menentukan kedudukan paksi dan bongkah isometric yang akan dilukis.

Contoh:
a)    Arah pemerhatian daripada bahagian kanan objek

       b)    Arah pemerhatian daripada bahagian kiri objek


Untuk meneruskan pembacaan, klik Paksi Isometri

Paksi Isometri

Seterusnya mari kita lihat Paksi isometri pula:


Boleh diputar pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120 darjah antara satu sama lain
  1. Paksi biasa
  2. Paksi Panjang
  3. Paksi terbalik
Paksi biasa 

                   
Butiran isometri di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.
Garisan isometric dilukis bersudut 30° dengan garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah. 


Paksi panjang


Sesuai untuk menggambarkan objek yang panjang.
Satu daripada paksi isometric selari dengan garisan mengufuk. 
Garisan condong dilukis 120° daripada garisan mendatar.


Paksi terbalik



Butiran isometri di sebelah bawah ditunjukkan dengan lebih jelas.
Garisan isometri dilukis bersudut 30 darjah dengan garisan mengufuk.

Untuk meneruskan pembacaan, klik Pembinaan lukisan Isometri

Pembinaan Lukisan Isometri

Untuk membina lukisan isometri, mari kita lihat cara-cara melukis melalui video di bawah: